TUGASAN KUMPULAN ARTIKEL

  


 



KURSUS:

 

GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 2022/2023


TAJUK:

 

KEBURUKAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DAN KESANNYA KEPADA PELAJAR

 


NAMA AHLI KUMPULAN:

 

NUR AIN NAZIRA BINTI APDAL (A194520) NUR AFIQAH SAHIRA BINTI AZMI (A193813) BALQIS MOHAMAD KARZUN (A190493)

NURIN JASLINA BINTI AZHAR (A190515) DAVINYA A/P PADMANAND (A192099)

 

 

PENSYARAH:

 

LT. KOL. PROF MADYA MOHD JASMY ABD RAHMAN
























ABSTRAK


Kajian ini memberi fokus kepada keburukan pembelajaran secara atas talian dan kesannya kepada pelajar. Pembelajaran secara atas talian hari ini sudah menjadi sebahagian sejarah sistem pendidikan negara. Normal baharu kini ialah konsep pendidikan yang diubah dengan pembelajaran dalam talian sebagai teras transformasi ini. Hari ini, pembelajaran digital telah muncul sebagai sumber yang diperlukan untuk pelajar dan sekolah di seluruh dunia. Bagi kebanyakan institut pendidikan, ini adalah cara pendidikan yang sama sekali baru yang mereka terpaksa pakai. Walaubagaimanapun, pembelajaran secara atas talian mempunyai kesan yang positif dan juga negatif kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan-kesan tersebut kepada pelajar. Dengan memahami keburukan tersebut akan menjadi lebih senang untuk mencari cara penyelesaiannya bagi mengelakkan kesan buruknya terhadap pelajar-pelajar.





1.0 PENGENALAN

Pembelajaran atas talian tidak lagi kedengaran asing dalam kehidupan seharian kita harini. Hal ini kerana, ketika negara kita sedang digemparkan dengan berita penularan Covid-19, banyak aktiviti yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Contohnya, aktiviti harian seperti jual beli barangan runcit, keperluan masuk ke pejabat dan sesi pembelajaran di sekolah juga antara aktiviti yang terkesan apabila negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh. Demikian tersebut, sistem pendidikan di negara kita menerima impak dan perubahan yang besar dalam pada waktu itu. Oleh itu, heterogen usaha dan idea mula diutarakan dan dipertengahkan bagi memastikan para pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran walaupun berada dalam situasi sebegitu.

 

Pada awalnya sekolah dan institut pengajian tinggi ditutup bagi mengelakkan penularan Covid-19 ini lagi berleluasa dan seterusnya akan dimaklumkan kemudian bagi sesi pembukaan semula. Namun, saban hari masih tiada berita berkenaan sesi pembukaan sekolah semula. Senario ini telah menyebabkan banyak aktiviti penting terpaksa ditangguhkan seperti peperiksaan lembaga dan semester, ujian kemasukan universiti dan banyak lagi dihentikan buat sementara waktu. Setelah beberapa kali bermesyuarat dan berbincang, akhirnya satu kata putus dicapai dimana sesi pembelajaran akan diteruskan di atas talian. Walaupun, cara ini merupakan satu inisiatif yang baharu dan acap kali dilaksanakan namun dapat kita lihat sistem pendidikan di negara kita mempunyai daya tahan yang tinggi dan berusaha dengan proaktifnya dalam mengatasi cabaran yang dikemukakan.

 

Pembelajaran atas talian ini banyak mengaplikasikan perkara-perkara baharu yang bukan kebiasaan. Dengan teknologi yang ada pada masa kini, ramai pendidik yang memilih platform yang percuma dan mesra pengguna seperti Google Classroom, MyTeams dan beberapa platform komunikasi yang mudah seperti WhatsApp dan Telegram. Bantuan daripada aplikasi seperti ini telah memudahkan lagi sesi pembelajaran atas talian yang dilaksanakan. Pelajaran, projek, kerja kumpulan, pembentangan dan penilaian semuanya dilaksanakan secara atas talian setelah pihak kerajaan mewujudkan “satu norma” baharu. Walaupun secara amnya banyak kebaikan yang diperoleh setelah idea ini dikemukakan, namun demikian masih terdapat kekurangan yang boleh dilihat secara jelas dan secara tak langsung. Isu-isu kekurangan kekurangan pembelajaran atas


talian inilah yang menyebabkan sesetengah pihak kurang gemar dengan pengadaptasikan kaedah pembelajaran atas talian.

 

Kekurangan pembelajaran atas talian ini menyebabkan pendidik dan pelajar yang terlibat menghadapi beberapa kesukaran ketika menuntut ilmu. Tidak kira umur, terdapat batasan apabila pembelajaran atas talian ini diaplikasikan. Kanak - kanak yang masih kurang berkemampuan memerlukan bantuan ibubapa dalam meneruskan sesi pembelajaran dan terdapat juga batasan dari segi keperluan teknologi. Itu adalah salah satu kekurangan yang dihadapi oleh pelajar dan pendidik dan seterusnya menyebabkan impak itu lagi jelas dan menimbulkan kesan kepada pelajar.

 




2.0  OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang dapat dikenalpasti ialah:

 

1.     Mengetahui sebab utama pembelajaran atas talian dilaksanakan.

2.     Mengenal pasti keburukan pembelajaran atas talian.

3.     Mengenal pasti kesan pembelajaran atas talian kepada pelajar.

4.     Memahami situasi pembelajaran atas talian.

5.     Merumuskan keberkesanan pembelajaran atas talian.

 

 

 



3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi ialah analisis teori dan kaedah yang digunakan untuk bidang pengajian. Menurut   L. R. Gay (1996), metodologi juga adalah   “The specific method of research your study represents will affect the format and content of your method section. The method section for an experimental study, for example, typically includes a description of the experimental design. Whereas a descriptive study may combine the design and procedure sections into one. In general, however, the method section includes descriptions of the subjects, measuring instruments, design, and procedure.”


Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian untuk mengenalpasti keburukan pembelajaran atas talian yang dilaksanakan dan melihat kesan kepada pelajar dalam situasi ini. Kajian ini adalah secara umum yang dapat dilihat dari pendidikan awal sehingga peringkat paling atas. Kajian ini menggunakan bahan data sekunder yang diperolehi melalui kaedah rujukan. Pengkaji mendapatkan data dari laman web rasmi seperti web Jurnal Kementerian Kesihatan Malaysia, jurnal-jurnal dan buku elektronik.

 



4.0 KEBURUKAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Salah satu keburukan pembelajaran dalam talian ialah ia telah mengurangkan peluang untuk berlakunya interaksi sosial dalam kalangan pelajar. Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan ke atas 1456 pelajar, didapati bahawa seramai 77.26% daripada mereka bersetuju bahawa pembelajaran dalam talian telah mengurangkan interaksi dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Seperti yang kita semua sedia maklum, dalam suasana kelas tradisional, rata-rata pelajar mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka contohnya dengan cara terlibat dalam perbincangan atau bekerjasama dalam projek kumpulan. Interaksi ini sangat penting kerana ia memupuk semangat kemasyarakatan, menggalakkan kerja berpasukan dan mendorong penyertaan aktif pelajar semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Berbeza dengan pembelajaran secara atas talian, kebanyakan pelajar didapati sukar untuk bergaul dan membina hubungan sosial dengan pelajar lain. Hal ini kerana, semasa pembelajaran dalam talian berlangsung, kebanyakan pelajar hanya menghadap skrin telefon pintar atau komputer mereka sahaja. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan para pelajar terasing antara satu sama lain dan seterusnya mengehadkan peluang mereka dalam penglibatan sosial kerana proses pembelajaran mereka hanya terhad kepada apa yang dipaparkan di hadapan skrin sahaja.

 

Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian yang sama, didapati sebanyak 67.30% daripada responden bersetuju bahawa mereka berasa terasing apabila pembelajaran dilakukan secara atas talian. Tanpa interaksi bersemuka, kebanyakan pelajar cenderung untuk merasakan perasaan terpisah atau terputus hubungan dengan rakan sebaya mahupun pengajar mereka. Ketiadaan kehadiran fizikal telah menghapuskan isyarat komunikasi bukan lisan seperti bahasa badan dan ekspresi muka. Kedua-dua perkara tersebut amat penting dalam membina hubungan sosial dalam kalangan pelajar kerana ia dapat membantu mereka untuk memahami emosi orang lain.


Akibatnya, ramai pelajar didapati bergelut untuk membentuk hubungan yang bermakna dan mewujudkan semangat kekitaan dalam persekitaran pembelajaran maya.

 

Tambahan pula, kekurangan interaksi sosial dalam pembelajaran secara atas talian boleh memberi kesan yang negatif kepada motivasi pelajar. Dalam kelas tradisional, pelajar secara semula jadi lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan rakan sebaya mereka dan mengambil bahagian dalam persaingan yang sihat. Walaupun kelihatan remeh, persaingan sihat di dalam kelas sebenarnya mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada pelajar kerana ia dapat menggalakkan mereka untuk menjadi lebih bermotivasi, berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka secara keseluruhan.

 

Namun begitu, dinamik ini sukar untuk diimplementasikan dalam pembelajaran atas talian. Kekurangan interaksi bersemuka antara pelajar telah menyebabkan kurangnya semangat setiakawan dan sokongan rakan sebaya yang memainkan peranan besar dalam memupuk semangat pelajar untuk menuntut ilmu. Tanpa pengaruh baik daripada rakan sebaya mereka, seorang pelajar tersebut berkemungkinan mendapati diri mereka tidak bersemangat dalam mencari ilmu. Ketiadaan interaksi sosial dan pengasingan yang disebabkan oleh pembelajaran secara atas talian juga boleh membawa kepada penurunan motivasi pelajar, kehilangan hubungan yang bermakna dengan rakan sebaya mereka, serta melahirkan rasa benci pelajar terhadap keseluruhan proses pembelajaran. Oleh itu, usaha perlulah dilakukan oleh pihak pengajar untuk memastikan platform pembelajaran dalam talian dapat menggalakkan interaksi sosial, contohnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti forum perbincangan dan projek kumpulan maya. Dengan menangani cabaran interaksi sosial yang terhad dalam pembelajaran dalam talian, kita secara tidak langsung dapat membantu menghidupkan semula motivasi pelajar dan meningkatkan penglibatan mereka di dalam kelas.

 

Selain itu, keburukan lain yang dapat kita perhatikan apabila pembelajaran dilaksanakan secara atas talian ialah pelajar mempunyai akses yang terhad kepada bahan sumber dan sokongan pembelajaran yang dapat membantu memudahkan proses pembelajaran para pelajar. Dalam suasana kelas tradisional, pelajar mempunyai akses segera kepada pelbagai bahan pembelajaran,


termasuk buku teks, perpustakaan, makmal dan peralatan khusus. Mereka boleh berinteraksi secara langsung dengan guru mereka, yang sedia untuk memberikan bimbingan, penjelasan dan sumber tambahan. Sumber dan bahan sokongan yang dapat diakses oleh pelajar dalam kelas tradisional ini agak berbeza dengan sumber yang dapat mereka peroleh semasa pembelajaran dilakukan secara atas talian. Tidak dinafikan bahawa pembelajaran secara atas talian dapat memberikan sumber yang tidak terhad dan boleh diakses pada bila-bila masa kepada pelajar. Namun begitu, masih terdapat beberapa limitasi kepada keupayaan pelajar untuk memanfaatkan sumber tersebut. Misalnya, meskipun terdapat banyak sumber pembelajaran dalam bentuk digital seperti e-buku, artikel online, video, dan modul interaktif, tidak semua sumber tersebut boleh diakses dengan mudah oleh semua pelajar. Beberapa sumber mungkin memerlukan langganan berbayar atau hanya terbatas kepada platform tertentu sahaja. Akibatnya, pelajar sukar untuk mendapat akses yang adil terhadap pengetahuan dan informasi, terutama bagi pelajar yang mengalami masalah kewangan.

 

Bukan setakat itu, platform pembelajaran dalam talian juga selalunya memerlukan perisian atau aplikasi yang khusus untuk pelajar mengakses bahan pembelajaran, mengambil bahagian dalam perbincangan dan menyerahkan tugasan. Pelajar mungkin menghadapi cabaran jika peranti mereka tidak menyokong perisian yang diperlukan atau jika mereka berasa tidak serasi dengan aplikasi yang digunakan. Ini akan menghalang dan menyekat keupayaan mereka untuk melibatkan diri sepenuhnya dengan persekitaran pembelajaran dalam talian. Akses kepada internet yang stabil dan berkelajuan tinggi juga amat penting apabila pelajar ingin menyertai kelas dalam talian dan mengakses bahan pembelajaran digital. Malangnya, pelajar yang berada di luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan internet mungkin mengalami sambungan internet yang terhad atau lambat, sekaligus menyukarkan mereka untuk mengakses sumber dalam talian tersebut tepat pada masanya. Kekurangan akses internet ini turut mengakibatkan mereka terlepas kuliah yang dijalankan, sambungan terganggu semasa mesyuarat maya dan melambatkan mereka untuk menyerahkan tugas tepat pada masanya.

 

Seterusnya, pembelajaran secara atas talian juga menyukarkan kursus-kursus yang memerlukan pembelajaran secara langsung (hands-on) untuk diajar. Pengalaman pembelajaran secara langsung merupakan antara aspek yang penting dalam pendidikan, terutamanya dalam


mata pelajaran seperti sains, seni dan pendidikan jasmani. Subjek-subjek ini memerlukan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dengan mencuba, mencipta dan mempraktikkan kemahiran dalam konteks dunia sebenar. Malangnya, pembelajaran dalam talian mungkin sukar untuk menyediakan sumber dan peluang yang diperlukan untuk pembelajaran secara langsung.

 

Dalam bilik darjah fizikal, pelajar boleh menjalankan eksperimen, memanfaatkan peralatan yang disediakan dan melibatkan diri dalam aktiviti praktikal di bawah bimbingan guru mereka. Pendekatan yang mendalam ini membolehkan mereka mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif, memupuk kebolehan menyelesaikan masalah, dan pemahaman yang lebih mendalam tentang perkara tersebut. Walau bagaimanapun, pembelajaran dalam talian sering bergantung kepada video, simulasi atau eksperimen maya, yang mungkin tidak merangkumi sepenuhnya pengalaman sentuhan dan deria pembelajaran hands-on.

 

Bagi mata pelajaran seperti seni atau pendidikan jasmani, subjek-subjek tersebut sangat bergantung kepada interaksi fizikal dan maklum balas (feedback). Dalam suasana pembelajaran secara dalam talian, pelajar seni mungkin bergelut untuk menerima bimbingan dan kritikan langsung daripada pengajar mereka dan seterusnya mengehadkan perkembangan artistik mereka. Begitu juga, kelas pendidikan jasmani yang menghadapi cabaran dalam mereplikasi aktiviti fizikal dan sukan berpasukan yang menggalakkan kecergasan fizikal, kerjasama dan semangat kesukanan. Ketiadaan pengalaman pembelajaran secara langsung dalam pembelajaran dalam talian boleh menghalang dan melambatkan peningkatan kemahiran praktikal, kreativiti dan kebolehan pemikiran kritis pelajar, yang penting untuk pertumbuhan holistik dan penerapan pengetahuan dunia sebenar.

 

Dalam usaha mengatasi keterbatasan ini, penting bagi pendidik untuk mencari cara alternatif untuk menyediakan pengalaman pembelajaran langsung dalam pembelajaran dalam talian. Sebagai contoh, para guru dan pengajar boleh menggunakan alat-alat interaktif, simulasi virtual yang lebih realistik, atau penggunaan platform video konferensi seperti Zoom yang membolehkan interaksi langsung antara pelajar dan guru dalam pembelajaran atas talian. Selain itu, pemberian tugas praktikal yang dapat dilakukan di rumah atau dengan memanfaatkan


kawasan persekitaran pelajar juga dapat membantu memperkaya pengalaman pembelajaran para pelajar dalam pembelajaran secara atas talian.

 

 

5.0 KESAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL PELAJAR

Kemunculan pembelajaran dalam talian telah merevolusikan landskap pendidikan, menyediakan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelajar. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyedari bahawa peralihan dalam persekitaran pembelajaran ini boleh memberi implikasi yang ketara kepada kesihatan mental dan fizikal pelajar.

 

Salah satu kebimbangan utama yang berkaitan dengan pembelajaran dalam talian ialah pendedahan yang berpanjangan kepada skrin. Pelajar menghabiskan berjam-jam setiap hari di hadapan komputer, komputer riba atau peranti digital lain, yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Masa skrin yang berlebihan boleh menyebabkan ketegangan mata, keletihan, sakit kepala dan gangguan tidur. Ketegangan pada mata dan sifat pembelajaran dalam talian yang tidak aktif boleh menyumbang kepada penurunan kesihatan fizikal, menjejaskan kesejahteraan keseluruhan pelajar.

 

Selain itu, pembelajaran dalam talian selalunya menyebabkan pelajar tidak bergerak untuk satu tempoh yang lama, yang membawa kepada gaya hidup yang tidak aktif. Berbeza dengan bilik darjah tradisional, di mana pelajar berpindah antara kelas, melibatkan diri dalam pendidikan jasmani atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum, pembelajaran dalam talian cenderung mengehadkan aktiviti fizikal. Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penambahan berat badan, kesihatan kardiovaskular yang lemah dan tahap kecergasan keseluruhan yang berkurangan. Selain itu, kekurangan pergerakan fizikal boleh memberi kesan buruk kepada kesejahteraan mental pelajar.

 

Pembelajaran dalam talian juga mendatangkan tekanan yang unik kepada para pelajar. Kesukaran teknikal, cabaran pengurusan masa, dan tekanan untuk memenuhi tarikh akhir (due date) dalam penghantaran tugasan boleh menyebabkan tekanan dan tahap kebimbangan yang


meningkat. Ketiadaan penyeliaan guru secara langsung atau maklum balas segera boleh mewujudkan ketidakpastian dan tekanan akademik tambahan, yang menjejaskan kesejahteraan mental pelajar.

Akhir sekali, belajar dari rumah turut mendedahkan pelajar kepada pelbagai gangguan, termasuk ahli keluarga, kerja rumah dan tanggungjawab lain. Gangguan ini boleh mengganggu tumpuan dan fokus pelajar, mengakibatkan produktiviti menurun dan tahap tekanan meningkat. Mengimbangi kehidupan rumah tangga dengan tanggungjawab akademik adalah penting tetapi boleh menjadi cabaran yang besar buat para pelajar.

 

 

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak keburukan pembelajaran secara atas talian dan sudah terang lagi bersuluh apa kesan-kesannya kepada pelajar. Pembelajaran secara atas talian masih jauh lagi untuk bertindak sebagai pengganti pembelajaran secara tradisional. Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa ia mempunyai banyak kelebihan yang bermanfaat kepada para pelajar, masih terdapat banyak kelemahan yang ketara, seperti kekurangan elemen praktikal dan isu yang berkaitan dengan akreditasi dan penipuan. Walaupun beberapa kelemahan ini boleh dialih keluar pada masa hadapan, sesetengahnya mungkin tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu, apabila memilih jenis pengajian yang sesuai untuk anda, adalah penting untuk mempertimbangkan kedua-dua kebaikan dan keburukan pendidikan dalam talian, kerana sifat pembelajaran dalam talian mungkin agak berbeza daripada pengajian tradisional di kampus. Memahami perkara negatif ini akan membantu institut-institut pembelajaran untuk mencipta strategi bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih cekap, serta memastikan perjalanan pembelajaran bergerak dengan lancar dan tanpa gangguan untuk pelajar. Keburukan ini perlu diatasi dengan cara yang betul supaya ia tidak memberi kesan kepada pelajar pada masa hadapan.


 



RUJUKAN

Abid Haleem, Mohd Javaid & Raju Vaishya (2020, April 3). Effects of Covid-19 pandemic in daily life. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2352081720300386?via%3Dihub

 

Azmat, M., & Ahmad, A. (2022). Lack of social interaction in online classes during COVID-19.

J. Mater. Environ. Sci, 13, 185-196.

 

Chung, E., Noor, N. M., & Vloreen Nity Mathew. (2020). Are You Ready? An Assessment of Online Learning Readiness among University Students. International Journal of Academic

Research in Progressive Education and Development, 9(1), 301–317

 

Ellen Chung, Geetha Subramaniam, Laura Christ Dass (2020, July 30). Online Learning Readiness Among University Students in Malaysia Amidst Covid-19. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/AJUE/article/view/10294/4872

 

Online Learning in Malaysia: Students View in 2021 — Project ID. (n.d.). Project ID. https://project-id.org/svm2021

 

Preeti Tarkar (2020). Impact Of Covid-19 Pandemic On Education System. https://www.researchgate.net/profile/Preeti-Tarkar/publication/352647439_Impact_Of_Covid-19

_Pandemic_On_Education_System/links/60d1e909299bf19b8d99d279/Impact-Of-Covid-19-Pan demic-On-Education-System.pdf

 

Survey: Over 50% of students in Malaysia found online studying during MCO was ineffective - SoyaCincau. (2022, April 21). SoyaCincau.

https://soyacincau.com/2022/04/21/survey-over-50-of-students-in-malaysia-found-online-studyin g-during-mco-was-ineffective/

 

Tamm, S. (2023, January 10). 10 Biggest Disadvantages of E-Learning - E-Student. E-Student. https://e-student.org/disadvantages-of-e-learning/

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN KUMPULAN BBM VIDEO KLIP

10 LINK YOUTUBE INOVASI DAN SPESIFIKASI DALAM PENDIDIKAN

10 GAMBAR INOVASI DAN SPESIFIKASI DALAM PENDIDIKAN